Mungkin usaha doa wife aku yang menyebabkan kereta yang dibooking 1.5 bulan lepas keluar sehari sebelum program bermula. Program di Kampung Sungai Bot, Batu 8, Tapah 19-21 March.
Alhamdulillah, kereta yang masih dara tu telah kami henjak ke jalan yang penuh liku masuk 5 kilometer dari jalan besar ke perkampungan tersebut. Lima pasang suami isteri yang telah join. Group lelaki tinggal di dalam surau sedangkan para isteri tinggal di dalam rumah tuan rumah (tuan rumah lelaki join kami di surau).
Surau yang penuh dengan rahmat. Walaupun buruk tapi Allah s.w.t. tak tengok atas rupa tapi tengok banyaknya amal yang dibuat dalam surau.
Berbual dengan Orang Asli Islam di perkampungan ini. Dalam hampir 50 keluarga, cuma 5 keluarga je yang Islam.
Pagi (selepas subuh) yang menyegarkan.
Lama tak kena dengan cuaca bukit ni…
Jalan keluar ke jalan besar Tapah-Cameron Highlands. One way lane je sejauh 5km. Eh, kereta putih sape tu?
Jalan lagi masuk ke dalam. Ada 2 lagi perkampungan Orang Asli yang tak sempat nak buat program. Satu kampung sejauh 10km dan satu lagi sejauh 13 km. InsyaAllah next time boleh redah lagi dalam.
Surau yang dibina oleh kakitangan TNB. Moga jasa Tuan-Tuan diberkati Allah s.w.t. Gereja kat sini dah lama musnah kena hempap pokok kelapa dan takde gereja baru. Cuma ada surau ni je walaupun keluarga Islam 5 out of 50. Moga jadi sumber hidayat kepada seluruh penduduk kampung ini.
Bahkayak. Nama anjing penunggu surau. Anjing memang banyak kat sini yang dibela oleh penduduk tempatan. Jinak. Makanan kami yang tak habis, memang jadi habuan Bahkayak.
Ayam kampung yeaaaa… last day. Beli ayam kampung 4 ekor dari seorang pakcik. Masak tomyam. Yummy!
Dunia untuk manusia. Termasuklah ayam ni. Tapi manusia untuk siapa? Untuk Allah s.w.t.!
Noordin. Satu keluarga masuk Islam lebih kurang 20 tahun yang lampau. Juga merupakan muazzin tetap surau. Masih mencari calon isteri (kalau ada syor, pass kat aku).
Out of topic kejap… Isa sambut harijadi ke-3 dengan kek coklat RM9.90. Dia nak semua tu, sikit pun tak nak kongsi. Salah cara sambut tu Isa wehhh…
———————–
Orang Asli di Tapah memang perlukan usaha tuan-tuan untuk dekatkan mereka pada agama. Sepanjang program kami, ramai wanita-wanita yang datang kepada isteri-isteri kami untuk belajar asas agama. Antara lain bab istinjak dan juga baca Al-Quran. Sampai satu tahap tu, 25 orang wanita bersama dalam rumah yang kecil, semata-mata nak belajar agama. Subhanallah.
Mereka memang mengalu-alukan kedatangan Tuan-Tuan atas agama. InsyaAllah kita sama-sama azam jadi pembantu kepada agama yang hak ini!
Dunia sementara, akhirat kekal abadi.

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.







