Aku pun tak boleh nak pikir benda yang aku buat ni, pernah aku pandang sinis sebelum ni.
Meng-wifi di Coffee Bean!
Dengan ketayap dan berbaju IRON MAIDEN sambil menyedut ice blended yang aku tak pasti aku order perisa apa.
Aku order Ice Blended Vanilla sebenarnya. Aku order secara rambang. Aku rasa Vanilla mesti tak salah. Ada ke rasa vanilla yang hampeh?
“Bang, tak nak try ni ke &%#$ #&$… ice-blended ada, panas pun ada.” Kata adik gemuk di belakang kaunter sambil menunjuk gambar di depan kaunter.
“Sedap ke?” Aku berlagak regular customer. Padahal ini mungkin kali ke-2 kot seumur hidup menyendeng di Coffee Bean. Dahi aku kerutkan dan mulut aku sengetkan ke bawah. Mungkin ini gaya regular customer.
“Sedap bang… try la” senyum adik gemuk. Dalam hati dia mungkin kata, brader ni sure datang dari Tronoh.
“OK… bagi saya regular!”
Dan aku sekarang rasa macam yuppie. Cool. Hebat. Maklumlah, aku di Sunway Pyramid. Dalam Coffee Bean. Dan ber-wifi!
Aku cuba melupakan bahawa aku ada tugas besar. Nak kena masuk entry untuk pertandingan My Selangor Story. Rilek aaa… tarikh akhir submit 4/10/2010. Competitors pun jenis hebat-hebat. Ada 29 bloggers yang lain masuk. Lagipun hari ni, organizer bagi free and easy. Esok nak berendam dalam Sunway Lagoon.
Dapat 2nd last pun dah kira satu kejayaan dah tu bagi aku!


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.
