Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Restoran (warung atau benteng) tepi pantai. Tak ingat nama. Tapi kami duduk kat kedai yang display paling banyak lauk. Masakan kampun yang menyelerakan ditemani humidity pantai yang bantu kipas nafsu makan.
Lauknya, ikan patin masak asam + terung sambal + telur asin + kerang rebus + ABC. Selera habis. Paling mantap masak ikan patin tu. Total RM16 je.



Banafee Village, JB
Orang JB pasti tau. Kami makan selama dua malam kat sini.Tagline dia yang aku ingat, masakan best harga warung. Environment bagus dalam restoran ni. Ada seksyen open air (beratap) dan closed (aircond) – boleh le duduk kat mana-mana yang berkenaan. Hatta, dalam pondok pun ada! Juga ada pentas untuk live music. Beberapa bulan yang lepas, pemain gambus (aku suspek dari Iran) dan sekarang gitar akustik dengan lagu-lagu slow rock Inggeris.
Harga OK gak. Malam pertama kami makan lamb chop + sup tulang merah + banana splits + drinks = RM50++. Malam kedua kami makan fish & chips + (aku tak ingat) + drinks = RM30++.







Seoul Garden, JB
Paling best aku rasa. Konsep buffet. Hidangan BBQ dan steamboat. Masak sendiri atas meja. Drinks free flow. Ruang buffet makanannya terdiri dari bahan BBQ (ayam lebih 10 jenis, daging lembu, daging kambing dan ikan total aku rasa cecah 40 jenis), steamboat (pelbagai jenis fishballs, meatballs, udang, sotong, kerang, mussels, sayur), dessert (aiskrim, ABC, cendol, buah-buahan etc) dan air yang free flow (soft drink, juice).
Sendat gila perut lepas makan ni, nak balik hotel pun merangkak-rangkak laki bini. Harga RM70++ untuk dua orang.




Pan Pacific Hotel, JB
Breakfast free la sekali dengan bilik. Tapi wife aku belanja sebab kondisi percuma untuk aku je. Maklumlah, kita kan sambil kerja sambil rilek-rilek gitu. Seksyen makanan terdiri daripada western (daging, kentang dan keju) dan oriental (nasi lemak, roti canai, mee, bubur nasi etc). Kegemaran aku, western la. Cheese section rules!
Harga sorang ialah RM32++. Tapi bila dah 4 hari rasa jemu sebab tak berapa nak tukar menu.


Durian Batu Pahat
Tepi jalan ketika nak kembali ke Kuala Terengganu. RM5 sekilo. Beli dua biji. Tak habis makan. Bukan sebab tak sedap tapi kenyang. Isi memang ranum, lemak dan meleleh! Dua biji sederhana besar = RM15.



, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.






