Membebel

Solat la wehhhh…!

Solat la weh… tolonglah.

Rock, rock jugak. Metal, metal jugak… tapi benda minimum untuk dikelaskan sebagai orang Islam ni buat la. Walaupun time tu korang tengah sibuk tengok gig. Keluar la kejap, pi cari surau ke musolla ke, spend 10 minit. Solat!

Aku tak expect korang pi solat awal waktu di masjid secara berjemaah sebab dah tentu berat dah tu. Tapi jangan la sampai abai solat. Lemah betul la.

Diriwayatkan daripada Hazrat ‘Abdullah bin ‘Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya solah berjemaah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdal daripada solah bersendirian.” (Hadith riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim) – Teks asal dari Fadhilat Amal terbitan Era Muslim)

Nama korang Ismail, Hamid, Zulkifli tu dah nama Islam. Tapi nama je tak gerenti Islam. Islam tu datang dengan niat dan action. Dan action paling jelas nak tunjuk korang tu Islam ialah solat.

Diriwayatkan daripada Hazrat Jabir bin ‘Abdullah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Meninggalkan solah menghubungkan seseorang dengan kufur.” Dalam riwayat yang lain, “Meninggalkan solat menghubungkan seseorang dengan syirik dan kufur.” (Hadith riwayat Imam Ahmad, Muslim dll). Teks asal dari Fadhilat Amal terbitan Era Muslim)

Korang pun bukan tak tau solat tu wajib. Dan wajib tu maksudnya kena buat, susah atau senang. Janganlah buat degil. Janganlah jahil terus.

Takkan la pasal gig je solat pun lebur? Takkan la pasal lepak makan satay solat pun lebur? Takkan la pasal main badminton pun solat lebur? Pasal benda tak tentu pasal pun agama lebur, apa cerita?

Aku tau la ko Mat Metal tersohor. Metal mau kualiti. CD mau cantik. Baju mau tr0o punya. Tapi apalah gunanya kalau solat pun lebur. Tarak malu ka? Nak tunjuk betapa tr0onya ko pasal tak solat? Dengan sapa tu nak bangga? Dengan mereka yang tak solat jugak? Aiyaaaaa…

Apa? Kalau ko solat dan layan Metal status keMetalan ko jatuh? Ceh… sape yang letak status tu? Darkthrone? Gorgoroth? Deicide? Cannibal Corpse? Caliban? Kreator? Venom? Black Sabbath? At least, kaya jugak depa tak solat pun. Ko, solat lebur, kaya pun idak. Berangan je lebih. Ceh…

Bulan puasa pun ko tak solat? Aiyaaa… puasa ko sia-sia beb sebab tak solat. Dapat lapar dan dahaga je (sempena bulan puasa yang dah dekat ni). Pelik jugak, bulan puasa malu pulak tak puasa. Padahal sia-sia je puasa sebab tak solat.

Tak tau solat? Tak tau amik wuduk? Kena belajar beb. Tak boleh sandarkan kejahilan ko tu selama-lamanya. Tak nak jahil, kena belajar la.

Sabda Rasulullah s.a.w. ” Sesungguhnya menuntut ilmu itu merupakan kewajipan bagi setiap muslim.” (Hadith Sahih, Riwayat Ahmad dan Ibn Majah no. 220.)Menurut Imam Ibn Qudamah Al-Maqdisi mengatakan bahawa perintah wajib menuntut ilmu dalam hadith ini merujuk kepada ilmu feqah sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan fuqaha’. Ini kerana amatlah penting seseorang itu untuk mempelajari feqah sehingga dirinya mampu mengetahui perkara halal dan haram. Yang mana kesimpulan ilmu ialah apa-apa yang difirman oleh Allah (Al-Quran) dan apa-apa yang disabda oleh Rasulullah s.a.w. (As-Sunnah) (TEKS ASAL)

Masa masih ada. Masih sempat lagi.

Pleaseeeee… solat lah!


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top