
Berbanding dengna artis luar, merebiu rilisan artis dalam adalah lebih sukar dan mencabar. Lebih-lebih lagi apabila yang merebiu itu 1. Tidak dengar radio 2. Tidak baca akhbar Melayu 3. Tidak menonton siaran gosip artis di TV.
Sebenarnya itu bukanlah salah 100% pembuat rebiu. Alasan pertama, memang di rumah tiada radio transistor. Jadi, apalah sangat yang dapat dengan dengar radio dalam kereta semasa hendak ke pejabat yang dekat 10 minit? Kedua, akhbar Melayu terlampau banyak berita politik yang menyesakkan dada. Ketiga, pembuat rebiu tiada masa nak ambil tahu hal dalaman artis.
Kurangnya deskripsi dan komen tentang hasil nukilan artis itu sendiri.
Berbeza dengan artis luar, google sahaja dan kita akan dihujani dengan pelbagai fakta tentang album dan kerja seseorang artis sebagai rujukan. Cuba anda google Ana Rafalli. Banyak dapat maklumat, kan? Sampah.
Ini sangat trajis memandangkan apa yang dipersembahkan oleh Ana dalam album 6 buah lagu ini sangat menarik. Dia adalah bakat terpendam sinarnya. Gadis yang mengatakan bahawa tiada salah bergaya dengan baju kurung sebagai identiti ini tidak menyinar sekadar gimik ini tetapi dibelakangi dengan bakat dan kreativiti tulen.
Keenam-enam lagu adalah ciptaan Ana sendiri yang mana Ana memainkan kebanyakan instrumen gitar akustik semasa rakaman. Suara beliau yang manja, kelihatan seperti transisi remaja kepada dewasa itu begitu memikat dengan lirik yang bersahaja. Sentuhan peribadi beliau amat jelas sekali jika dibandingkan sesebuah album yang ciptaan lagu dan lirik adalah hasil orang lain.
Kekuatan album ini adalah sentuhan peribadi Ana sendiri. Liriknya seperti entry sebuah diari. Bukan sekadar pengalaman, tetapi juga harapan masa hadapan seorang gadis yang mahu terjumpa dengan si putera hati. Penuh dengan impian dan bayangan. Situasi normal gadis seusia dengannya.
Cuma disebabkan oleh usianya yang muda dan liriknya yang juga muda menyebabkan golongan sasaran adalah untuk orang muda juga (remaja yang jatuh cinta). Ini menyebabkan golongan dewasa dan tua sikit (macam penulis) merasa sikit janggal untuk menyanyi bersama. Tidak salah lagu cinta tetapi cinta itu ada beberapa kategori (cewah!).
Andai sedikit adjustment dibuat pada liriknya supaya ia lebih accessible kepada golongan yang lebih dewasa, mungkin golongan sasarannya menjadi lebih luas. Namun, Ana mempunyai banyak masa untuk itu. Dengan usia muda sebegini, kita bagilah peluang kepada beliau untuk matang secara semulajadi.
——————————-
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.






