Musik

Ulasan: BELIEVER Extraction from Mortality CD

Muzik Gospel adalah nyanyian Kristian sepertimana Nasyid bagi orang Muslim. Dalam muzik Metal, elemen Kristianism memang telah wujud sejak awal lagi, rock dan heavy Metal. Maka mengapa tidak Thrash Metal? Atas sebab itulah Believer ditubuhkan dan ini menjadikan mereka agak unik pada ketika itu. Thrash Metal yang agresif dan hampir kesemua band menulis lirik yang sekular itu ‘dilawan’ dengan lirik Believer yang mengajak kepada Kristianiti.

Mungkin itu sajalah yang unik tentang album ini. Muziknya tidak sebegitu. Komposisi lagunya monotonous. Thrash Metal yang mementingkan riffs yang mendebarkan jantung seolah-olah tiada di dalam album ini. Vokalis yang tenggelam dalam sebutannya juga tidak membantu. Ia adalah lebihan dari riffs dan susunan lagu yang tidak digunakan oleh Exodus, Testament dan Anthrax dalam album-album mereka yang sekunder.

Tetapi jangan terkejut jika di dalam komuniti Kristian, mereka disanjung walaupun muzik mereka kurang hormat pada gegendang telinga. Muzik Gospel, dalam apa pun bentuknya memang dihormati oleh pengikutnya, walaupun kebanyakan dari kita yang meminati Metal ini tidak mengenali mereka (malah mungkin baru pertama kali dengar pada entry ini).

  1. Unite – 6:39
  2. Vile Hypocrisy – 5:35
  3. D.O.S. (Desolation of Sodom) – 4:19
  4. Tormented – 3:50
  5. Shadow of Death – 4:19
  6. Blemished Sacrifices – 3:54
  7. Not Even One – 3:33
  8. Extraction from Mortality – 6:07
  9. Stress – 3:01

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top