
Semua orang bersorak bertepuk gembira. Selepas album terakhir Never Say Die (1978), iaitu 35 tahun, inilah pertama kali Ozzy Osbourne kembali menyumbangkan suara untuk Black Sabbath. Bukan mudah. Ia satu kerja yang keras. Ego masing-masing seluas lautan Atlantik. Itupun tidak lengkap, kerana Bill Ward menarik diri pada saat-saat akhir dan diganti dengan drummer Rage Against The Machine, Brad Wilk.
Peminat Black Sabbath memang patut gembira. Selain dari kembalinya Ozzy, album ini juga seolah-oah menyambung terus sanad 35 tahun dahulu, sepertimana ia ditinggalkan. Album ini tiada cita-cita untuk merubah apa yang telah dibina. Bahkan tidak cuba mencari walau sekelumit pembaharuan. Taat dengan arahan produser “gilababi”, Rick Rubin – yang mahukan mereka membayangkan bahawa mereka membikin album Black Sabbath pertama.
Namun, ini menjadi pedang bermata dua yang salah satunya menyucuk diri sendiri. Mencuba untuk menyerupai suatu legasi yang telah ditinggalkan memberi satu masalah besar. Ia tidak bisa akan dapat menyamai apatah lagi menandingi legasi tersebut. Bahkan ia menyebabkan, pada pendengaran mereka yang tidak fanatik, bahawa ini adalah lebihan (filler) yang cuba dibangkitkan kembali dari tidur yang panjang. Lebih buruk lagi apabila dibelek, ia sebenarnya bukanlah penyambung kepada Never Say Die, tetapi usaha gigih untuk memplagiat album pertamanya, dengarkan saja lagu mula, End of the Beginning.
Selepas lagu kedua, God Is Dead (yang mempunyai chorus yang melekat ke kepala – awas apabila menyebutnya luar dari konteks), mungkin kita akan menghadapi masalah untuk melekatkan melodi-melodi dan korus-korus dalam lagu-lagu seterusnya ke dalam kepala. Dengarkan lagu ketiga, Loner yang tidak berselindung lagi mencuri gaya persembahan N.I.B. Pastinya benak anda berasa sukar untuk menggantikan riff berhantu N.I.B. dengan Loner ini. Ia menyebabkan kekeliruan dan frustation.
Di sebalik kritikan di atas, anda yang sememangnya berharap Ozzy kembali dengan Black Sabbath ketika beliau bersama, tidak perlu gusar. Ianya adalah seperti mana yang anda harapkan. Ozzy dan Tony tidak berusaha walau sedikit pun untuk menjadikan ia sesuatu album Black Sabbath yang lain. Ianya adalah Black Sabbath setulen mungkin hingga ke tahap plagiat diri sendiri.
Mungkin akhir sekali, mungkin kita boleh berharap agar Brad Wilk ditukar kepada drummer yang lebih berkaliber dengan ego yang sekurang-kurangnya sama taraf dengan yang lainnya kerana pada tahap sekarang, ego juga memainkan peranan yang penting untuk menaikkan reputasi. Brad Wilk dilihat tidak lebih dari seekor minion dengan permainan robotik ikut arahan dan takut-takut untuk menumpahkan idea sendiri. Ini bukan lain adalah masalah inferiority dan ego rendah. Apakata untuk album seterusnya, gunakan Lars Ulrich? Ataupun, Mike Portnoy? Dari Mike terbiar buat projek yang bukan-bukan, eloklah dia hantar CV kepada Tony.
Oh ya, Tony Iommi punya gitar solo gila-gila sekarang. Boleh ulang-ulang dengar part solo beliau saja!

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.






