Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥
📌 Keadaan mayat itu hampir tidak dikenali kerana berpintal. Bentuknya tidak ubah seperti kain basah yang baru dicuci & kemudian dipulas bagi memerah airnya. 🪢
Kembali kita dengan siri baru dari penulis Siri Kru Paranormal iaitu Dimensi Paranormal pula. Tajuk untuk siri pertama ini ialah Mayat Pintal.
Dalam cerita ada cerita. Nak bagi mudah faham. Kira macam interview session la.
Sesi temubual antara Aziz – Arif. Jadi Arif ni nak korek cerita pelik dekat kawasan perumahan Sri Tanjung Garden.
Cerita mengenai Amira. Disebabkan satu kemalangan. Amira koma selama 3 tahun. Family Amira kena buat keputusan yg berat untuk matikan mesin sokongan hayat. Sebab otak Amira disahkan mati.
Tup tup dia hidup semula & kembali seperti tiada apa berlaku. Apa sebenarnya yang terjadi?
Pengalaman lepas mengajar saya untuk tidak percaya apa yang saya baca untuk buku pertama. Sebab?
Selalunya buku pertama ni penulis baru nak ‘panaskan badan’ (nak perkenalkan watak, entiti yang wujud, cerita yang probably akan berkait dengan cerita untuk siri seterusnya). So, kita sambil baca sambil tulis dalam notes. Setiap watak & every single details yang ada dalam Mayat Pintal ni. For what? Demi kesejahteraan hidup dan mental.
Sebab makin lama, kita yakin cerita makin tak masuk akal. Dengan adanya apa yang kita dah catit senang nak refer back. Hshs
▪️ Personally, kita rasa yang tak boleh baca cerita seram. Boleh baca sebab tak seram. Akan datang tak sure (gelak jahat). Korang akan rasa lebih banyak tanda soal bermain-main dalam kepala.
▪️ Masih tak terjawab apa sebenarnya yang terjadi dengan mangsa-mangsa yang terbunuh. Sebab yeck tak suka cara penulis describe keadaan mangsa.
▪️ Curious teruk nak tahu pasal lembaga yang meng-huru-hara-kan keadaan.
▪️ Masih ada elemen suspen & plot twist yang dalam kategori manjah manjah dari penulis.
Korang mesti tak caya kan? Penulis siap masukkan 1 watak dari siri sebelum ini. Kenapa kena drag watak sebelum ni? Saya jadi takleh nak move on tau dengan Siri Kru Paranormal. Tapi at the same time kita rasa satu langkah yang bijak juga dari penulis.
, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.