
Bagi peminat setia muzik Metal underground, nama PREDICATE NOT DEFINED sudah tidak asing lagi. Mereka adalah antara band yang paling rajin beraksi di atas pentas. Kekerapan mereka muncul di atas pentas seolah-olah sumber rezeki utama mereka adalah dengan bermain muzik! Ini adalah suatu iltizam yang bukan mudah untuk direalisasikan oleh mana-mana band. Ia memerlukan komitmen yang sangat tinggi.
Kali terakhir saya berkesempatan menemuramah mereka ialah lebih kurang dua tahun yang lalu (BACA SINI). Untuk band yang aktif seperti ini, sudah tentu banyak yang telah mereka tempuhi. Antaranya, berlakunya pertukaran barisan pemainnya (pernah dianggotai sekejap oleh kawan baik saya ketika bersekolah di MRSM dulu) dan paling sensasi, Azwi selaku vokalis utama, sekarang berkongsi jawatan dengan Hilda. Ya, Hilda. Memang dia wanita.
Album Fear, Forgotten & Regret ini baru saja dirilis. Mengekalkan konsep progressive Metal seperti album sebelumnya, The Song Remains The Same. Menampilkan 10 buah lagu yang dirakamkan secara berkala dari Nov 2008 hingga Mac 2009 di beberapa buah studio sekitar Penang dan Kedah.
PREDICATE NOT DEFINED dalam mempromosikan album ini menekankan kepentingan liriknya yang dikatakan sebagai penuh dengan makna. Mungkin itu yang perlu dikupas pertamanya disini. Ditulis dalam bahasa Melayu separuhnya dan English untuk separuh yang lain. Topiknya luas; bermula dengan kepincangan etika kewartawanan dalam lagu Journalism, teguran kepada orang Melayu dalam lagu (apalagi), Melayu dan juga nasihat kepada perpecahan dalam lagu Untuk Semua. Majoriti liriknya berkisar tentang peringatan terhadap maksud kita diturunkan di dunia ini seperti lagu Peringatan, Becoming Death, Neutralizer, Before They’re Gone dan Pancaroba.
Namun begitu, liriknya pada saya bukanlah tarikan utama kerana dari segi lirik itu ditulis dan disusun, kurang kreativitinya. Tarikan utama pada PREDICATE NOT DEFINED ialah muziknya. Progresif Metal. Menggabungkan odd-time signature di beberapa tempat di samping manipulasi riffs gitar yang mencabar. Strukturnya sentiasa berubah-ubah menyebabkan kita sentiasa tertanya-tanya apakah yang akan datang selepas ini. Unpredictable, mungkin itu perkataan yang saya sedang cari.
Vokal Hilda ada sentuhan kewanitaannya. Mungkin itu sifat wanita Melayu? Jika dibandingkan dengan vokalis Arch Enemy yang memang hilang sifat kewanitaannya (malah melebihi lelaki). Hilda perlu diberi peluang selanjutnya untuk meningkatkan prestasi vokal yang kadang-kadang kedengaran seperti tak cukup nafas untuk memvokalkan lebih dari 4 perkataan sekali harung. Menggabungkan vokal Hilda dan Azwi mungkin agak mengelirukan. Ia juga menimbulkan sedikit gap terhadap flow album ini.
Album PREDICATE NOT DEFINED sentiasa dinantikan dan untuk peminatnya sudah tentu berpuashati. Sekurang-kurangnya pada saya, rilisan dari band ini sentiasa ditunggu. Genre yang dibawa oleh PREDICATE NOT DEFINED bukanlah boleh dibawa oleh band sembarangan. Selain “kurang popular” masa ini, ia juga memerlukan kemahiran yang above average untuk direalisasikan. Yang belum mencuba, bila lagi? Antara band underground Metal tempatan yang perlu diberi perhatian.
http://www.myspace.com/predicatenotdefined


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.






