Zaman kegemilangan glam rock (versi Heavy Metal, bukan punk), RATT adalah antara nama yang tersohor. Mungkin sedikit tenggelam di belakang MOTLEY CRUE sebagai kepala namun RATT menempah nama sebaris dengan DOKKEN, W.A.S.P. Lupakan gelombang selepas mereka. Aku menyampah dengan POISON, WARRANT etc. Mungkin sebab glam rock mati ketika itu dengan datangnya gelombang Thrash Metal.Album Dancing Undercover tersemat di hati disebabkan ianya adalah album pertama RATT yang aku miliki sekitar tahun 1987 dahulu. Ya, seperti lazimnya, kaset original. Death to pirates!
Mungkin otai-otai akan mengatakan bahawa album sebelumnya Out Of The Cellar dan Invasion of the Privacy adalah lebih baik dari yang ini. Aku, beg to differ. Kedua album itu memang ada kuatnya terutama lagu klasik seperti Round And Round, Wanted Man, You’re In Love namun album Dancing Undercover lebih konsisten. Dan produksi yang lebih baik.
Mereka yang biasa dengan RATT pasti melekat kerana corak permainan gitar Warren DeMartini dan Robbin Crosby, terutama gitar rhythm. Seorang bermain pattern lain dan seorang lagi pattern yang sedikit berbeza. Oleh kerana output adalah stereo bunyi gitarnya maka kita dapat mendengar rhythm yang berbeza di kiri dan kanan. Kid dan Din (SEARCH) pada firasat aku menggunakan teknik ini.
Suara Stephen Pearcy juga memainkan peranan yang penting yang menyebabkan RATT outstanding dari lambakan band glam ketika itu. Suara beliau adalah gabungan suara lelaki dan wanita. Sesuai sangatlah dengan konsep glam yang dimainkan. Kalau terlampau wanita, bunyi mengada-ngada (tetapi MOTLEY CRUE berjaya dalam hal ini). Kalau terlampau lelaki, tak berapa glam la pulak.
Lirik tak payah pikir panjang. Pasal awek, pasal dominasi lelaki terhadap wanita dengan taburan janji yang melampau. Kalau tengok cerita teenager tahun 80an, itulah intipati lirik RATT. No brainer kata orang. Ketika itu siapa yang kisah dengan politik, masalah alam sekitar ataupun ideologi. Semuanya hanya kerana rock n roll!
1. “Dance” (Pearcy, Crosby, Demartini/Hill) – 4:17
2. “One Good Lover” (Pearcy, Crosby) – 3:06
3. “Drive Me Crazy” (Pearcy, Crosby, Demartini, Blotzer) – 3:42
4. “Slip of the Lip” (Pearcy, Demartini, Croucier) – 3:15
5. “Body Talk” (Pearcy, Demartini, Croucier) – 3:44
6. “Looking for Love” (Pearcy, Crosby, Croucier) – 3:09
7. “Seventh Avenue” (Pearcy, Demartini, Croucier) – 3:11
8. “It Doesn’t Matter” (Pearcy, Croucier) – 3:08
9. “Take a Chance” (Pearcy, Demartini, Croucier) – 4:00
10. “Enough Is Enough” (Pearcy, Crosby, Demartini/Croucier) – 3:23
Dance
Slip Of The Lip

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.






