
Tapi kemetalan begitu tegar. Lihat saja gambarnya.
Sekitar masa beliau membuat PMR, beliau juga menyiapkan isu Thanatopsis zine. Pebende zine tu? Ishhh korang ni, masih pakai lampin kot masa tu. Baca sini.
Anyway, kebetulan beliau menghadiri conference untuk radiologists di Adelaide, maka adalah sangat penting untuk beliau menziarahi kawannya, seorang jaded metaller. Setelah mengadjust, beliau hadir ke rumah penulis beberapa minit sebelum maghrib dan penulis menghidangkan beliau Nasi Ayam Adelaide sebagai kenangan beliau paling berharga di Adelaide.
Beliau menceritakan pengalaman-pengalaman gig beliau di Dublin, mengumpul merchandise etc. Paling penulis jealous, beliau sempat menonton IRON MAIDEN semasa A Matter of Life and Death tour, yang mana IRON MAIDEN membawa lagu-lagu di dalam album AMOLAD in its entirety! Baju tour IRON MAIDEN yang didesripsikan oleh beliau malam itu, melelehkan air liur penulis tanpa disedari.
Oh, mat Death Metal memang begitu. Mukanya takde rupa langsung macam mat Death Metal. Muka mereka antara lain seperti muka seorang medical doctor dan pensyarah. Tu kadang-kadang menyebabkan mereka-mereka yang tau, terkejut besar sampai ada yang mati terkejut! Paling tak pun, mulut terlopong dan muka bertukar jadi hijau! Kepada mereka-mereka ini – hahahaha…
Setelah hampir 2 jam beramah mesra, Wanwarlock meminta izin untuk pulang. Ah sungguh bersopan santun mat Death Metal ni. Mungkin kerana beliau membawa isteri dan dua anaknya? Oh tidak, Death Metal itu sekadar muzik yang diminati, tidak mengubah selain dari halwa telinga.
Sebelum berpisah, berlaku pertukaran cenderamata. Penulis menghadiahkan beliau LANGSUYR Asyik CD dan LANGSUYR Live At Planet Hollywood VCD kepada beliau yang diterima dengan senyum lebar sampai ke telinga. Sebagai balasan, penulis pula menerima sebuah poster peta New Zealand.
Namun begitu, gambaran baju tour IRON MAIDEN Amolad di Dublin itu masih segar di ingatan. Bro, tak nak tolak ke baju tu kat gua?

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.